Preview
Ask Quote

Zoom
Apakah Alternatif bagi Menghalang Fenomena Alam yang tidak diingini Berlaku?
08/May/2024

Apakah alternatif bagi menghalang fenomena alam yang tidak diingin berlaku? Adakah konsep 1 Objek 1 Identiti dapat digunapakai bagi menyelesaikan masalah ini?



Kejadian baru-baru ini mengenai pokok besar yang terhempas di laluan jalan raya dan landasan monorel adalah satu contoh kejadian yang tidak dapat dijangka. Jadi, apakah langkah-langkah dan alternatif yang patut dilakukan oleh pihak yang bertanggunjawab? Adakah 100% kesalahan pihak DBKL kerana tidak menebas pokok-pokok tua yang tumbuh berdekatan laluan pengangkutan jalan raya?

Tidak salah sekiranya pihak berwajib hendak mengekalkan pemeliharaan pokok-pokok tua di sekitar bandar dan jalan raya kerana pokok berperanan penting dalam penghasilan oksigen dan menyeimbangkan suhu sekitar. Namun perlulah mengambil kira beberapa perkara bagi mengelakkan perkara tidak diingini berulang kali kedua.


APAKAH AGEN 1 OBJEK 1 IDENTITI?



1 objek 1 identiti
adalah setiap produk mempunyai kod khas untuk memastikan barangan tersebut dikawal dengan baik dan boleh dikesan dengan tepat. AGen 1 Objek 1 Identiti ini juga mengaplikasikan konsep barcode dan RFID dalam pengurusan inventori serta hampir semua industri dalam Malaysia.


Bagaimana AGen 1 Objek 1 Identiti berfungsi?



1. Kenalpasti pokok-pokok besar yang berada di sekitar bandar dan kawasan laluan awam dan rekodkan jumlah mengikut lokasi.
2. Melakukan kajian terperinci tentang ciri-ciri setiap pokok seperti spesies, umur, ketinggian, dan kekuatan akar.
3. Memberi setiap pokok satu barcode unik untuk memudahkan pengenalan dan pengurusan masalah.

Adakah AGen 1 Objek 1 Identiti menyelesaikan masalah?



Ya. Kerana pihak yang berwajib dapat memantau setiap pokok-pokok yang berada di sekitar bandar dan laluan awam dengan lebih baik tanpa perlu membuang masa melakukan penyemakan satu per satu ke setiap lokasi. Penjagaan pokok juga menjadi sangat mudah dan cepat dengan adanya data yang sudah direkodkan dalam perisian komputer.

Adalah lebih baik sekiranya AGen 1 Objek 1 Indentiti mula digunapakai dalam setiap industri.
Adakah anda sudah bersedia untuk perubahan teknologi yang lebih baik? Bagaimana pendapat anda dalam menangani fenomena alam yang tidak dapat dijangkakan seperti sekarang? 


by: Stephanie


Related Article
Title 
No data to display