Memulakan Perniagaan Pertanian Dengan Pendidikan Formal Yang Minimum
(5 Tips Penting untuk Para Pengusaha dan Pemula)
Pengenalan
Jika anda mempunyai pendidikan formal yang terhad tetapi masih mahu memulakan perniagaan pertanian, jangan putus asa. Ramai usahawan yang berjaya bermula dengan pendidikan formal yang minimum malah sesetengah daripada mereka bahkan mempunyai pengetahuan yang kosong tentang apa yang akan mereka usahakan. Berikut ialah 4 tips penting yang sesuai dengan keadaan anda.
1. Belajar Melalui Pengalaman Praktikal
Dapatkan pengalaman bekerja di ladang atau perniagaan pertanian. Pendekatan praktikal ini akan mengajar anda kemahiran yang berharga dan pengetahuan bukan formal yang boleh anda gunakan untuk usaha anda sendiri. Selain itu,anda juga boleh menjadi sukarela atau bekerja sebagai perantis di bawah petani yang berpengalaman untuk mempelajari kemahiran asas tentang pertanian.
2. Bijak Mencari Sumber Percuma & Sokongan Komuniti
Dapatkan manfaat daripada sumber percuma yang tersedia dalam komuniti anda. Banyak perkhidmatan pertanian, koperasi tempatan, dan organisasi bukan badan berkanun menyediakan latihan, bengkel dan perkhidmatan perundingan untuk petani yang berkecimpungan dalam pertanian. Sebagai contoh, anda boleh menyertai Pameran & Konferensi Kaizer yang akan datang pada bulan Ogos 2024 dan 10th Selangor International Expo (Makanan & Minuman) pada bulan Oktober 2024 untuk mencari perspektif baru dari pelbagai industri. Selain itu, perpustakaan komuniti, forum dalam talian dan saluran YouTube juga menyediakan banyak maklumat mengenai amalan pertanian dan pengurusan perniagaan.
3. Membina Rangkaian Social
Kelilingi diri anda dengan orang yang berpengetahuan dan berpengalaman. Anda boleh mencari inisiatif untuk bergabung dengan kumpulan pertanian tempatan, menghadiri pameran pertanian, dan mengambil bahagian dalam acara masyarakat untuk mewujudkan hubungan baik dengan petani dan pengusaha lain. Malah anda juga boleh membina hubungan dengan mentor dan rakan sebaya untuk mendapatkan bimbingan, nasihat, dan sokongan semasa untuk anda memulakan perniagaan anda.
4. Mulakan Secara Berskala dan Kecil-Kecilan
Mulakan dengan tanah kecil atau jumlah yang terhad untuk meminimalkan risiko dan kos untuk permulaan. Fokus untuk menguasai asas-asas pengetahuan dan kemahiran dalam mengembangkan operasi untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman dan keyakinan. Bermula secara berkala membolehkan anda belajar daripada kesilapan tanpa mengalami kerugian yang besar.
5. AGen Solution, 1 Objek 1 Identiti.
Gunakan Teknologi Pemantauan: Gunakan aplikasi AGen Solution untuk membantu memantau dan menguruskan ladang anda. Aplikasi ini boleh menjejaki keadaan tanaman, tanah atau ternakan anda. Contohnya, jika sayur-sayuran anda mengalami masalah tetapi anda tidak tahu puncanya, AGen Solution dengan cepat boleh menganalisi dan mengenal pasti punca masalah tersebut. Dengan cara ini, anda boleh menangani masalah dengan serta-merta, tidak membuang masa anda daripada menyemak satu persatu secara manual.
Memulakan pertanian tanpa pendidikan formal adalah satu langkah yang berani serta menguntungkan pada masa hadapan. Dengan mendapatkan pengalaman praktikal, memanfaatkan sumber komuniti percuma, membina rangkaian sokongan yang kuat, memulakan kecil, dan menggunakan teknologi seperti AGen Solution, anda boleh meletakkan asas yang kukuh dalam usaha pertanian anda.
+
Sertai kami di Konferensi Pameran Kaizer yang akan datang pada bulan Ogos ini. Acara ini akan menawarkan peluang yang berharga, wawasan dan berpeluang membina hubungan dengan pakar industri. Selain itu, jangan lewatkan peluang untuk memperluaskan pengetahuan dan rangkaian anda di 10th Selangor International Expo (F&B) pada bulan Oktober 2024. Sementara acara ini akan menampilkan banyak pameran yang berkongsi kepakaran dan wawasan mereka dalam bidang masing-masing.
Kunjungi kami di Booth No 3P34 di MITEC pada 7th Aug sehingga 10th Aug, serta acara di booth No 1080, Hall 1 dari 16th Oct hingga 19th Oct di KLCC untuk menambah pengetahun dan berhubung dengan profesional terkemuka dalam pertanian, makanan & minuman dan industri lain. Acara-acara ini merupakan peluang yang sangat baik untuk mengumpul pengetahuan dan inspirasi untuk memajukan perniagaan pertanian anda.